My Add

Saturday 2 March 2013

Nik Aziz jangan ego, takbur - Zaidi

PULAU PINANG, KUMAAT, 01 Mac, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diingatkan agar tidak terus bersikap ego dan takbur dengan sokongan yang diterima selama ini.

Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Zaidi Abu Bakar berkata, sebagai pemimpin dan ulama, Nik Abdul Aziz seharusnya mengamalkan sikap rendah diri dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati rakyat di negara ini terutamanya ahli Pas.

“Beliau kena ingat ramai ahli Pas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jadi mengapa memberi gambaran mengaitkan penerima bantuan umpama haiwan?

“Sekali lagi saya tegaskan, beliau perlu minta maaf kepada semua penerima BR1M dan jangan biarkan orang menyamakan gambaran itudengan Islam," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena demonstrasi aman mempertahankan kalimah Allah di Masjid Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment