My Add

Friday 1 March 2013

Tolak projek Datum Jelatek fikiran sempit - MB Selangor

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan golongan yang menentang projek pembinaan pangsapuri mewah, Datum Jelatek sebagai golongan berfikiran sempit akibat kelemahan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Jelas Abdul Khalid, pembinaan projek pangsapuri ikonik berskala besar berdekatan Taman Keramat itu merupakan anjakan paradigma dalam meningkatkan nilai pemilikan harta golongan bumiputera.

"Kita mahu terangkan ini satu anjakan paradigma, satu kelemahan DEB adalah kita meletakkan bumiputera dalam keadaan yang mereka mendapat kek yang kecil.

"Kita sekarang mencari jalan bagaimana mahu besarkan kek itu, kalau dulu orang Melayu mendapat harta hanya RM30 hingga RM40 juta, sekarang kita besarkan harta itu supaya masyarakat Melayu terbuka kepada RM500 ke RM700 juta," katanya kepada pemberita selepas program Forum Ekonomi Datum di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk yang diwakili Badan Bertindak Datum Jelatek menuntut pembatalan projek itu kerana bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal yang dijanjikan kerajaan negeri bahkan menafikan hak penduduk memiliki kembali hartanah di kawasan tersebut.

Harga unit kediaman itu bernilai antara RM700,000 dan RM11.5 juta yang mana harga tersebut adalah mustahil dibeli mana-mana rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini.

Kritikan juga dilontarkan terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana dilihat lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan kediaman kos rendah kepada rakyat di negeri itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment