My Add

Thursday 28 March 2013


Misi kemanusiaan Aman Palestin mulakan operasi di Gaza

 *SEBAHAGIAN pasukan perubatan dan sukarelawan yang mengikuti
 rombong Misi Kemanusiaan Gaza bersama Aman Palestin bergambar
 bersama sejurus tiba di bumi Palestin, hari ini. - UTUSAN

Daripada GAMAL NASIR MOHD. ALI
GAZA, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Selepas melalui perjalanan jauh selama lebih 17 jam, Misi Kemanusiaan Gaza anjuran Aman Palestin Berhad akhirnya tiba di bumi Palestin dan bersedia untuk memberikan rawatan perubatan yang amat diperlukan oleh penduduk di bumi Palestin sini.

"Sebanyak 21 operasi pembedahan dirancang untuk dilaksanakan sepanjang kehadiran kami di sini bermula hari ini sehingga 7 April nanti oleh enam doktor pakar yang menyertai misi julung-julung kali ini.

"Selain melakukan pembedahan, kami juga akan memberi latihan kepakaran dan pendedahan terhadap peralatan moden kepada doktor-doktor tempatan," kata ketua pasukan pakar perubatan misi ini, Dr. Zainurrashid Zainuddin di sini semalam.

Operasi pembedahan yang akan dilaksanakan merangkumi enam pembedahan ortopedik, 11 pembedahan urologi dan empat pembedahan neurologi, yang dianggarkan menelan kos RM500,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment