My Add

Thursday 28 March 2013


Kerajaan Sabah tambah dana Yayasan Usaha Maju

KOTA KINABALU, KHAMIS, 28 Mac, 2013:Kerajaan negeri akan menambah dana Yayasan Usaha Maju (YUM) bagi membuka peluang kepada golongan wanita yang layak membesarkan perniagaan mereka.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata keputusan itu dibuat berdasarkan rekod baik pembayaran balik pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, kebanyakan peminjam terdiri daripada ibu tunggal dan kerajaan amat mengambil berat golongan tersebut yang dilihat masih ramai hidup dalam kesempitan.

"Kerajaan menghargai peranan dan sumbangan wanita secara keseluruhannya memandangkan pembangunan wanita kini merupakan salah satu agenda penting yang menjadi tumpuan kerajaan dalam konteks pembangunan negeri,” katanya ketika berucap sempena majlis penghargaan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di sini malam semalam.

Beliau berkata pada masa kini, kaum wanita dilihat sebagai salah satu komponen modal insan yang amat penting dengan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi negara semakin signifikan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment