My Add

Thursday 28 March 2013

Lagi klip video pemimpin pembangkang lakukan aksi lucah


 *PETIKAN rakaman video yang memaparkan seorang pemimpin pembangkangKedah berbual secara maya di pejabatnya baru-baru ini.
 *PETIKAN rakaman video yang memaparkan seorang pemimpin
 pembangkang Kedah tidak berbaju ketika berbual secara maya
 dipercayai dengan seorangwanita baru- baru ini.

KULIM, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah hari ini mendedahkan satu klip video rakaman gambar aksi perlakuan lucah yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang peringkat negeri.

Sedutan gambar itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan kemudian membuka seluar sambil menunjukkan kemaluannya.

Klip video yang panjang 1 minit 36 saat tersebut dimuat naik ke dalam blog 1cilipadi.blogspot.com pada awal pagi ini.

Pengerusi badan terbabit, Khairul Anuar Ramli berkata, klip video tersebut dipercayai dirakam melalui satu perbualan maya antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita melalui aplikasi Facebook.

"Lelaki dalam video tersebut memegang jawatan penting dalam salah satu cabang di negeri Kedah selain berkhidmat sebagai Ahli Majlis untuk satu pihak berkuasa tempatan (PBT),'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, Khairul Anuar berkata, pihaknya mendesak agar individu berkenaan tampil membuat penafian sekiranya rakaman tersebut bukan dirinya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment