My Add

Saturday 16 March 2013

Kes Altantuya: Rayuan tetap didengar walau mahkamah bercuti

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 10 Jun depan bagi mendengar rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 38, atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Kitson Foong yang mewakili Sirul Azhar memberitahu pemberita, walaupun mahkamah sedang bercuti dalam tempoh tersebut, rayuan akan didengar selama tiga hari berturut-turut oleh panel khas yang akan bersidang.

Menurut peguam bela, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendaftar, Darma Fikry Abu Adam ketika pengurusan kes hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment