My Add

Thursday 28 March 2013

Masyarakat Suluk janji taat setia kepada Malaysia

*HAIJAl Husin bercakap dalam bahasa Sulu ketika menyeru komuniti
 Sulukdan Bajau di Malaysia agar terus setia pada negara dalam sidang
akhbardi  uching, Sarawak, semalam. Turut hadir Acryl Sani Abdullah Sani
(berdiri dua dari kanan).

KUCHING, RABU, 27 Mac, 2013: Masyarakat Suluk di negeri ini bukan sahaja berjanji untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia malah menyatakan kesediaan mereka mempertahankan kedaulatan negara ini daripada dicerobohi mana-mana pihak.

Ketua Kaum Suluk Miri, Haijal Husin berkata, insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah tidak pernah mendapat sokongan penduduk berketurunan Suluk yang majoritinya menetap di wilayah utara negeri ini.

"Untuk makluman semua, taat setia kami hanya pada raja dan negara ini iaitu Malaysia yang tercinta dan kesetiaan kami ini tidak akan berubah sampai bila-bila. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment