My Add

Friday 1 March 2013

LHDN jejak 'kebocoran' kutipan cukai

Oleh THOMAS CHONG
CYBERJAYA, JUMAAT, 01 MaC, 2013: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyusun strategi dalaman serta mengenal pasti industri yang berlaku 'kebocoran' bagi mencapai sasaran kutipan RM130 bilion pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, berikutan daripada itu, LHDN akan mengkaji pengalaman kutipan cukai negara lain bagi mengenal pasti industri yang kritikal.

"Pada zaman globalisasi ini, jika sesuatu keadaan berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Jepun, keadaan sama juga akan berlaku di Malaysia.

"Jadi LHDN mahu bandingkan keadaan Malaysia dengan negara lain. Kita hendak tengok industri mana yang kritikal dan beri impak yang besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Hasil dan Pelancaran Hasil4U di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan timbalannya, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Hasil4U merupakan penjenamaan semula terhadap Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai (BPPC) di mana kaunter-kaunter perkhidmatan LHDN akan dibuka bagi menjawab pertanyaan selain membantu orang ramai mengisi borang.

LHDN pada tahun ini turut memperkenalkan tema Hasil Teman Keceriaan Anda untuk menggalakkan orang ramai membayar cukai - UTUSAN

No comments:

Post a Comment