My Add

Thursday 28 March 2013

Penduduk Kampung Tanduo, Tanjung Batu dibenar pulang esok

LAHAD DATU, RABU, 27 Mac, 2013: Penduduk Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini yang terpaksa meninggalkan kampung masing-masing hampir dua bulan lalu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selewat- lewatnya Jumaat ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika memaklumkan perkara itu berkata, kedua-dua buah kampung terbabit sudah bebas sepenuhnya daripada ancaman kumpulan pengganas Kiram.

Katanya, pasukan keselamatan sedang mengadakan perbincangan dengan Pejabat Daerah Lahad Datu, Majlis Keselamatan Negara (MKN), ketua masyarakat dan pasukan penilai sebelum membenarkan orang ramai pulang.

"Pihak keselamatan akan menetapkan tarikh sama ada esok atau lusa, penduduk di dua buah kampung ini boleh pulang ke kediaman masing-masing.

"Bagaimanapun, penduduk Kampung Tanduo yang dianggarkan tidak lebih daripada 20 keluarga mungkin ditempatkan di satu kawasan baharu yang berhampiran dengan Tanjung Batu," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment