My Add

Saturday 2 March 2013

PABM lahir 13 juara sepanjang penganjuran

 *JUARA pidato kategori Nusantara,Fathiah Ibrahim pada majlis pertandingan
 Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di PICC Putrajaya tahun lalu.

PUTRAJAYA, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri telah melahirkan seramai 13 juara bagi kategori Antarabangsa dan Nusantara sejak 2007 sehingga kini.

PABM yang merupakan satu-satunya pertandingan memartabatkan bahasa Melayu di dunia dalam bentuk pengucapan awam itu ternyata berjaya mengcungkil bakat pemidato-pemidato bertaraf antarabangsa.

Penyampaian pidato yang disampaikan oleh penutur asli dan penutur bukan asli bahasa Nusantara tersebut telah berjaya memukau perhatian penonton setiap kali pertandingan berprestij itu diadakan saban tahun.

Penyertaan para peserta terus meningkat saban tahun dan tahun ini menyaksikan seramai 77 peserta dari 72 negara menyertai pertandingan yang sudah memasuki edisi ketujuh itu.

Juara bagi edisi pertama PABM dimenangi peserta Rusia, Olga Vadimovna Vasilevskaya dan pada ketika itu hanya ada satu kategori sahaja dipertandingkan.

Pada 2008, dua kategori telah diperkenalkan, menyaksikan PABM dibahagikan kepada kategori Nusantara yang diwakili oleh dua peserta dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Satu lagi kategori Antarabangsa yang diwakili oleh seorang peserta daripada negara-negara lain.

Peserta Australia, Nicholas Charles Parson dan peserta Malaysia, Farhan Nor Diyana Samsudin menjadi juara pada tahun tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment