My Add

Saturday 2 March 2013

Pengguna pengangkutan awam terus meningkat


KONG Cho Ha mencuba menggunakan Kad MyRapid sebagai simbolik perasmian Bangunan Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak di Gombak, semalam. Turut kelihatan, Ismail Adam (tiga dari kiri) dan Syed Hamid Syed Jaafar Albar (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Jumlah pengguna pengangkutan awam khususnya di ibu negara dijangka terus meningkat melalui usaha kerajaan menyediakan kemudahan 'Park 'n Ride' terutama di stesen perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan KTM Komuter.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, selain penyediaan lebih 10,000 petak letak kenderaan, kemudahan itu turut dilengkapi petak khas untuk golongan wanita dan orang kurang upaya (OKU).

"Sebanyak 10 buah kemudahan 'Park 'n Ride' akan disiapkan tahun ini di beberapa stesen KTM Komuter dan LRT. Selain di stesen LRT Gombak, kemudahan itu turut merangkumi KTM Komuter di Kajang, Batu Tiga, Padang Jawa, Kepong, Bangi, Batang Benar, Salak Selatan serta Petaling Jaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment