My Add

Friday 1 March 2013

PLUS sangkal dakwaan PKNS

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Februari, 2013: PLUS Expressways Bhd. (PLUS) menegaskan jambatan di Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2 yang runtuh tidak pernah diserahkan kepada syarikat itu untuk diselenggara.

PLUS dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, jambatan tersebut dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sehingga kini masih di bawah tanggungjawab perbadanan terbabit.

"PLUS amat serius dalam menangani isu keselamatan pengguna di laluan tersebut. Jambatan itu ditutup selepas tinjauan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

"Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah mengaktifkan lencongan jalan di Kilometer 2.4 iaitu di persimpangan bertingkat di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Putrajaya Link," jelas kenyataan tersebut.

PKNS sebelum ini mendakwa Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor II telah diserahkan kepada PLUS untuk tujuan penyelenggaraan pada 22 Mac tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment