My Add

Saturday 2 March 2013

SAM tayang dokumentari pengembaraan dua wartawan ke Palestin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Program Showcase Anak Muda (SAM) anjuran Majlis Belia Selangor (MBS) akan menayangkan dokumentari 45 minit pengembaraan dua wartawan tempatan ke Palestin Ahad ini.

Penayangan dokumentari di Gelanggang Futsal Putra Perdana, Puchong itu bertujuan untuk menunjukkan semangat perjuangan wilayah bergolak itu kepada golongan muda di negara ini.

Presiden MBS, Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, dokumentari itu menceritakan perjalanan lapan hari wartawan TV Al Hijrah, Zainal Rashid Ahmad dan Ketua Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan, Ainul Amriz Ismail ke empat masjid yang terancam di Palestin.

"Kesan pendudukan tentera Zionis di kota lama Masjid Al-Aqsa memberi impak pada empat masjid suci di kawasan itu.

"Antara masjid yang terancam ialah Masjid Kubah Biru, Masjid Batu, Masjid Buraq dan Masjid Marwan. Keempat-empat masjid ini mempunyai sejarah dan ikatan langsung peristiwa Israk Mikraj dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya bermikraj ke Sidratul Muntaha," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment