My Add

Saturday 2 March 2013

Sekurang-kurangnya lapan maut restoran terapung karam di Iraq

BAGHDAD, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan beberapa lagi dilaporkan hilang selepas restoran terapung yang padat dengan tetamu karam di Sungai Tigris, tengah Baghdad, awal pagi tadi.

Kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan dengan polis berkata, bot terbabit sudah melebihi had kapasiti ketika ia tenggelam.

Polis bekrata, tiada bukti menunjukkan kejadian itu dilakukan pengganas.

Bot terbabit adalah restoran Lubnan terkenal di daerah Karrada. Restoran terapung terbabit adalah sebahgaian daripada beberapa perniagaan baru yang muncul pada ketika ekonomi Iraq mula meningkat sejak pencerobohan Amerika Syarikat lebih sedekad lalu. - AP/BH

No comments:

Post a Comment