My Add

Thursday 1 December 2011

Amir Adrian, rakyat Malaysia pertama sertai koir Vienna Boys

KUALA LUMPUR. KHAMIS, 01 Sisember, 2011: 
SEORANGkanak-kanak berusia 10 tahun berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia apabila terpilih menjadi ahli kumpulan koir tersohor, Vienna Boys di Austria.

Amir Adrian Amir Hamzah dipilih menyertai kumpulan koir tersebut selepas menjalani beberapa ujian yang ketat.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dengan pemilihan tersebut, Amir Adrian menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi ahli kumpulan koir tersohor dunia itu.

Sehubungan itu katanya, Amir Adrian akan mengikuti pengajian empat tahun di Augarten Palace Vienna iaitu institusi pengajian yang khusus untuk melatih kumpulan koir tersebut.

"Saya benar-benar bangga dengan pencapaian Amir (Adrian)," katanya pada sidang akhbar pelancaran Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa dan Ekspo Permata di sini, semalam.

Turut hadir isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani

Pada majlis itu, Rosmah juga menyampaikan cek kepada balu pegawai sukan, Allahyarham Harun Osman yang meninggal dunia di Palembang ketika Sukan SEA baru-baru ini.

Sementara itu, bapa kepada Amir Adrian, Amir Hamzah Shamsuddin, 44, berkata, bakat anak pertamanya daripada tiga beradik itu terserlah sejak dia berusia lima tahun lagi.

Menurutnya, selain bakat berkoir, Amir Adrian juga pandai bermain piano.

"Dia pernah ke Austria untuk menduduki ujian bagi membolehkan dia dipilih menyertai kumpulan tersebut pada awal tahun ini tetapi gagal.

"Dia tidak putus asa, malah sekali lagi menduduki ujian saringan yang diadakan di Malaysia beberapa minggu lepas dan dia terpilih," katanya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment