My Add

Thursday 1 December 2011

Isa Samad: Jangan jadi pengkhianat negara

ISAMSamad bertanya pengalaman kepada dua kanak-kanak yang baru selesai berkhatan sewaktu majlis berkhatan beramai-ramai anak warga Felda yang dikelolakan oleh Yayasan Felda di Jalan Semarak, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Dismber, 2011:
MANA-MANA pihak yang cuba menolak atau menentang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia adalah dianggap pengkhianat negara dan menghalang peneroka dari terus maju.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta peneroka Felda supaya melihat isu penyenaraian itu daripada perspektif positif dan terbuka kerana pelaburan itu pada masa sama dapat mengekalkan pegangan asetnya.

Menurutnya, penyenaraian di pasaran Bursa Malaysia hanya melibatkan 350,000 hektar tanah milik Felda Plantations dan bukan tanah milik mana-mana peneroka, lapor UMAVATHI RAMAYAH

"Kita tidak mengusik seinci pun 500,000 hektar tanah perladangan yang dimiliki oleh peneroka.

"Apa yang kita buat adalah baik untuk peneroka, baik untuk Felda dan baik untuk negara," katanya kepada pemberita selepas majlis Khatan Perdana untuk anak petugas kumpulan Felda di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelbagai reaksi negatif berhubung penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana Mohd. Isa disifatkan cuba menyembunyikan maklumat asas penyenaraian itu.

Dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk menyenaraikan salah satu syarikat perniagaan global Felda iaitu FGVH dalam bursa untuk menjadi sebuah syarikat berstatus konglomerat global .

Mohd. Isa juga berkata, isu pertikaian jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda juga tidak seharusnya timbul kerana beliau baru saja menerima surat pengesahan jawatan, dua hari yang lalu.

Ditanya sama ada beliau akan memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan menghina Ketua Peneroka Felda, Shamsuddin Othman ketika sesi penerangan kepada perwakilan di Kuala Pilah baru-baru ini, beliau berkata:

"Tidak, ini bukan caranya untuk menyelesaikan konflik dalaman. Tindakan ini langsung tidak sesuai. Dia (Shamsuddin) seharusnya datang berkomunikasi dengan saya.

"Tambahan pula dia tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat yang diadakan lewat ini." - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment