My Add

Thursday 1 December 2011

Najib garis lima kekuatan teras UMNO hadapi cabaran

 

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agong UMNO 2011 di Dewan Merdeka. - Foto Aizuddin Saad



KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011: PPRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima kekuatan teras yang akan membolehkan parti itu menghadapi badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. 

Beliau berkata, pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

Katanya, kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, sama ada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

"Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau "supremacy of ideas" dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat. 

"Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi. 

Najib juga berkata, kelima ialah kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji.





No comments:

Post a Comment