My Add

Thursday 1 December 2011

Najib rasmi Perhimpunan Agung UMNO pagi ini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011: 
PERHIMPUNAN Agung UMNO 2011 bermula hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Dataran Putra, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib, yang juga
Perdana Menteri, di hadapan 5,477 perwakilan di Dewan Merdeka.

Satu jamuan makan malam sempena perasmian itu juga akan diadakan di Dewan Tun Razak I pada 8 malam ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2011, berlangsung selama lima hari bermula dengan
perasmian serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno iaitu Pergerakan
Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri pada Selasa.

Perhimpunan agung kali ini dijangka menumpukan kepada pengukuhan jentera
pilihan raya parti dalam persediaan parti tunjang pemerintah itu menghadapi
pilihan raya umum ke-13.

Dijangka amanat yang disampaikan oleh Najib akan sarat dengan nasihat dan ingatan, bukan sahaja kepada para perwakilan malah kepada berjuta-juta anggota UMNO.

Sempena perhimpunan agung kali ini juga, satu forum antarabangsa turut
diadakan bertajuk "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis
Global". 

Sebanyak 65 perwakilan daripada 25 parti politik dari 22 negara menghadiri forum itu, yang berlangsung selama dua hari dari Isnin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment