My Add

Thursday 1 December 2011

Polis tak temui unsur pecah amanah dalam NFC : Khalid

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011: 
SIASATAN polis sehingga hari ini tidak menemui sebarang unsur pecah amanah dan penyelewengan berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri Kabinet. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata sehingga hari ini, 74 individu kecuali Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah dipanggil untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, Khalid berkata, Shahrizat boleh dipanggil pada bila-bila masa jika terdapat keperluan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pagi tadi

No comments:

Post a Comment