My Add

Thursday 15 December 2011

20 jam pembedahan pisahkan kembar siam

PASUKAN pakar perubatan sedang bertungkus-lumus melakukan pembedahan maraton lebih 20 jam bagi memisahkan pasangan kembar siam bayi perempuan berusia 10 bulan, di Hospital Luis Calvo Mackenna di Santiago, Chile, semalam. Kembar siam itu bercantum di dada, perut dan tulang punggung. - Foto AP


SANTIAGO, KHAMIS, 15 Disember, 2011,: PASUKAN perubatan Chile semalam berjaya memisahkan pasangan kembar perempuan berusia 10 bulan yang bercantum di dada dan tulang punggung dalam satu pembedahan maraton membabitkan 100 doktor dan jururawat.

Bayi bernama Maria Paz dan Maria Jose itu kini menjadi dua 'manusia yang berbeza' demikian diumumkan ketua pasukan perubatan berkenaan, Francisco Ossandon.

“Pemisahan mereka seperti bayi yang dilahirkan semula. Kedua-dua ibu apa mereka amat gembira," katanya.

Pembedahan itu dilakukan di Hospital Luis Calvo Mackenna dengan pasukan perubatan dipecahkan kepada kumpulan mengandungi 24 orang.

Pembedahan untuk memisahkan kembar itu mengambil masa lebih 14 jam, disusuli enam jam lagi untuk pembedahan melengkapkan setiap bayi itu.

Pasukan perubatan profesional itu dipecahkan kepada 24 orang setiap kumpulan. - AFP



No comments:

Post a Comment