My Add

Sunday 11 December 2011

Agong, Raja Permaisuri hadiri jamuan menjunjung kasih

Majlis santapan perpisahan...Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Majlis Santapan Negara sempena Perpisahan Tamat Tempoh Pemerintahan Baginda di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Disember, 2011:
TUANKU Mizan Zainal Abidin malam tadi berangkat menghadiri majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Raja Tuanku Nur Zahirah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Tuanku Mizan bertitah, kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah memberikan kerjasama cemerlang sepanjang tempoh pemerintahan baginda.

"Ia secara langsung membolehkan beta melunaskan amanah selaku Ketua Negara dengan sebaik-baiknya demi negara kita yang tercinta ini,” titah baginda. – Bernama

No comments:

Post a Comment