My Add

Saturday 17 December 2011

Ahmad Shabery yakin peroleh 1j sukarelawan di kalangan belia

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Disember, 2011: Kementerian Belia dan Sukan yakin dapat mencapai sejuta sukarelawan di kalangan belia di negara ini yang berusia antara 21 hingga 30 tahun melalui MyCorps dan iVolunteer.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Malaysia kini mengorak langkah menjadi sebuah negara maju.

"Jika kita lihat negara-negara yang maju, mereka mempunyai sejumlah sukarelawan yang amat besar dan sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Belia 1Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, program ”The Australian Youth Ambassadors for Development (AYAD)” mendapat sambutan amat menggalakkan daripada belia di negara itu dengan mencatat lima juta penyertaan.

Mycorps adalah satu inisiatif melalui Makmal Transformasi Belia ke arah menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai ‘role model’ dan tenaga elit bagi mendorong semangat sukarela di kalangan generasi berusia antara 21 hingga 30 tahun. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment