My Add

Saturday 17 December 2011

30,000 pokok akan ditanam di sekitar Kuala Lumpur 2012

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Disember, 2011: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyasarkan menanam sebanyak 30,000 pokok di sekitar ibu kota tahun depan dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau dan bersih.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu penting untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya berdaya huni yang berada di kedudukan 20 teratas di dunia menjelang 2020.

"Setakat ini, kita telah berjaya menanam sebanyak 31,447 melebihi sasaran yang ditetapkan tahun ini, dan saya yakin dengan kerjasama yang diberikan semua pihak dari agensi kerajaan, warga kota dan syarikat korporat, sasaran ini akan dapat dicapai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ”Green FT, Blog FT Cares!” di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka hari ini.

Program itu, yang turut melibatkan Sunrise Berhad, merupakan sebahagian usaha menghijau serta mencantikkan lanskap di sekitar Kuala Lumpur.

Raja Nong Chik berkata, penghijauan bandar akan menambah baik daya boleh huninya melalui pewujudan persekitaran selesa serta penyediaan kawasan untuk aktiviti rekreasi yang sihat.

"Malah penghijauan bandar akan meningkatkan nilai hartanah kerana kawasan yang lebih hijau lazimnya akan mencapai nilai yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment