MANILA, SABTU, 17 Disember, 2011: Angka kematian mangsa ribut Tropika Washi yang mengganas di selatan Filipina hari ini meningkat kepada 60 orang, kata pegawai tempatan.
Ketua pasukan penyelamat di bandar Cagayan de Oro, Lemuel Gunda, berkata sekurang-kurangnya 40 nyawa yang terkorban berjaya dijumpai.
Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz berkata, di bandar berkenaan saja sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala ramai lagi disyaki masih hilang.
Mereka yang hilang termasuk penyampai radio yang dihanyutkan ketika cuba menyelamatkan jirannya, kata Lawrence.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, kerja-kerja menyelamat masih diteruskan dan dijangka angka yang terkorban akan meningkat dari semasa ke semasa. - AP
No comments:
Post a Comment