My Add

Saturday 17 December 2011

Kerjasama Eclimo, DPMM lahirkan program keusahawanan

GEORGETOWN, SABTU, 17 DisEMBER, 2011:Eclimo Sdn Bhd (Eclimo), pengilang e-skuter dan e-motosikal eksklusif pertama Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bagi melahirkan satu program keusahawanan untuk pengedar motosikal Eclimo.

Pengerusi Eksekutif Eclimo, Datuk Dennis Chuah berkata, menerusi program itu, DPMM akan membangunkan 10 peruncit terdiri daripada bumiputera yang akan menjual, memberi perkhidmatan dan menyediakan aksesori untuk pelanggan motosikal Eclimo.

"Menerusi program itu juga, kami percaya setiap peruncit akan memperoleh sekurang-kurangnya RM800,000 bagi setiap tahun dan turut mewujudkan perkembangan yang baharu dalam industri automotif elektrik,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pelantikan Nexus Technepruner Sdn Bhd sebagai “Peniaga Utama” Eclimo, di sini malam tadi.

Dennis mewakili Eclimo, manakala Nexus Technepruner diwakili Pengarah Urusannya, Amilka Nazim.

Dennis berkata, syarikat itu menjangka menjual sehingga 20,000 unit motosikal tahun depan atau menguasai kira-kira 4.0 peratus daripada pasaran motosikal di Malaysia.

Pihaknya juga, katanya akan turut memasarkan model baharu, iaitu ES11 pada Januari depan dan satu lagi model baru iaitu EB25 yang masih pada peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan dijangka dapat dipasarkan pada Jun 2012. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment