My Add

Saturday 17 December 2011

Asas pakatan rapuh punca pembangkang hadapi masalah

SUNGAI PETANI, SABTU.  17 Disember, 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas pakatan yang rapuh termasuk perbezaan ideologi di kalangan parti pembangkang menjadi punca mereka menghadapi pelbagai masalah sesama sendiri.

Perdana Menteri berkata, pakatan seperti itu tidak boleh bertahan lama kerana pakatan pembangkang bekerjasama kerana benci kepada Barisan Nasional (BN) sahaja.

”Itu tak boleh menjadi asas untuk bertahan lama sebab bila mereka ada perbezaan pendapat dan pendirian yang begitu fundamental, maka lambat laut akan timbul percanggahan yang ketara antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) peringkat kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia dan Siswazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan politik membabitkan parti-parti pembangkang yang dilihat menghadapi pelbagai masalah termasuk dalam usaha untuk bekerjasama.

Najib berkata, pakatan rapuh itu berbeza dengan BN yang sentiasa bekerjasama kerana mempunyai satu dasar sahaja yang diterima oleh semua parti komponen. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment