MONTREAL, SABTU, 17 Disember, 2011: Yayasan Bill dan Melinda Gates bersama sebuah pertubuhan tidak berkepentingan (NGO) Kanada semalam mengumumkan dana berjumlah RM96 juta ($32 juta) bagi tujuan penyelidikan penemuan dan pembangunan bagi mengesan penyakit di negara-negara membangun.
Tujuan utama projek tersebut bagi mengesan dan merawat penyakit secara serta-merta di kawasan terpinggir negara mundur dan berpotensi menyelamatkan lebih banyak nyawa tanpa menunggu lebih lama.
“Bayangkan sejenis alat ringkas berkuasa bateri yang boleh mengambil darah dan dalam masa beberapa minit memberi keputusan bahawa kanak-kanak yang sedang demam itu mengalami malaria, denggi atau jangkitan bakteria,” kata ketua Grand Challenges, Peter Singer yang berkerjasama dengan pengasas Microsoft, Bill Gates dalam menjayakan projek tersebut.
Yayasan Gate’s menyumbangkan RM63 juta ($21.1 juta) sepanjang tiga tahun lalu untuk penyelidikan tersebut manakala Grand Challenges, yang didokong oleh kerajaan Kanada menyumbangkan RM32 juta ($10.8 juta). - AFP
No comments:
Post a Comment