My Add

Thursday 8 December 2011

Bom di Afghanistan, 78 terbunuh dalam 2 hari

KABUL, KHAMIS. 08 Disember, 2011: 
SATU letupan periuk api di tepi jalan membunuh 19 orang awam dan lima orang lagi tercedera di wilayah Helmand yang terletak di selatan Afghanistan, semalam.

Letupan tersebut berlaku sehari selepas serangan bom di tiga bandar berbeza sekitar Afghanistan yang membunuh sehingga 59 orang dan ia memberi tumpuan semula kepada keadaan pasukan keselamatan negara yang lemah.

Selepas serangan pada Selasa lalu yang paling besar berlaku di Kabul, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai membatalkan rancangan melawat Britain dengan segera pulang ke tanah air. - Reuters

No comments:

Post a Comment