My Add

Saturday 17 December 2011

GiatMara baiki 60% daripada 5,307 rumah keluarga miskin

RAUB, SABTU, 17 Disember, 2011:Sebanyak 2,584 buah rumah keluarga miskin berjaya dibaiki GiatMara menerusi program ”GiatMara Turun Padang” sehingga November lepas.

Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, jumlah berkenaan adalah 60 peratus pelaksanaan menerusi program berkenaan yang menyasarkan 5,307 buah rumah lama atau usang yang dibaiki untuk tahun ini.

"Rumah keluarga miskin terbabit adalah yang disenaraikan pejabat daerah dan tanah melalui pendaftaran e-kasih,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM101.7 juta kepada GiatMara bagi melaksanakan program berkenaan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Shahiruddin berkata, menerusi program berkenaan juga, sebanyak 196 buah rumah juga telah siap dibina untuk golongan miskin untuk tahun ini.

"Bagi kerja-kerja pembaikan, kerajaan memperuntukkan RM11,000 untuk sebuah rumah di Semenanjung, manakala bagi pembinaan rumah baru sebanyak RM33,000 sebuah.

"Manakala di Sabah dan Sarawak sebanyak RM12,000 bagi membaik pulih dan RM40,000 bagi membina rumah baru,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment