My Add

Saturday 17 December 2011

99% penduduk Sabah mahukan kebebasan guna satelit

KOTA KINABALU, SABTU, 17 Disember, 2011:Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai berkata, 99 peratus penduduk Sabah mahukan kebebasan dalam akses pada maklumat khasnya menerusi khidmat satelit.

Moh Chai yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berkata, peratus ini diperoleh menerusi bancian yang dijalankan oleh kementeriannya.

"Saya sendiri akan memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai pentingnya pengunaan piring satelit di negeri ini termasuk membincangkan perkara berkaitan pengawalan pengedaran khidmat itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival “Siok Bah Broadband” di sini hari ini.

Katanya, beliau juga akan memaklumkan mengenai perkara ini kepada pihak lain yang berkenaan.

“Mengenai undang-undang berkaitan kawalan pengedaran khidmat satelit, saya akan pastikan, ia akan dipinda mengikut keperluan dan mengikut keadaan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Moh Chai berkata, keperluan menggunakan khidmat satelit kian meningkat khasnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak di mana signal telekomunikasi sangat rendah. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment