My Add

Friday 16 December 2011

Hasan Ali 'terperangkap' dengan agenda UMNO: Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, JUMAAT 16 Disember 2011: Pas mendakwa Datuk Dr. Hasan Ali 'terperangkap' dengan agenda UMNO untuk memecah belahkan parti itu.

Demikian menurut pandangan Setiausaha Agungnya, Dauk Mustafa Ali. 

Menueurnya, ia termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka menyatakan kesediaan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Pas dan UMNO.

Manakala Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mahu isu Hasan dirujuk kepada Pas Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu mengingatkan ahli parti merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri berhubung sebarang isu yang berkaitan ahli di negeri masing-masing.

Katanya, adalah sangat tidak wajar jika ahli parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.

Menurutnya, menjadikan media perdana sebagai rujukan sama sekali tidak patut memandangkan ia hanya dikuasai oleh UMNO dan BN semata-mata.

“Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan Pas dan ahlinya,” tegasnya pada satu sidang media di  Kota Haru, semalam.

Mengulas lanjut Nik Aziz berkata, beliau perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.

"Setakat ini saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya Pas Selangor.

"Apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ia hanya khabar angin, " katanya.

No comments:

Post a Comment