My Add

Friday 2 December 2011

Hitam metalik gambarkan pemikiran pemimpin DAP jelik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011:
PEMIMPIN UMNO menyifatkan pemikiran Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggelar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ”hitam metalik” sebagai jelik, hodoh dan hina.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbuatan pemimpin DAP itu, yang mungkin menganggap ia gurauan biasa yang keluar dari mulut apabila berucap pada satu ceramah Pas, menjadi lebih memalukan kerana diketawakan oleh penyokong Pas yang rasa terhibur dengan hinaan sedemikian.

"Apabila hitam metalik itu merujuk kepada individu tertentu dalam UMNO, ia menggambarkan apa yang disebut pemikiran separa sedar, kerana itulah yang sebenarnya bermain dalam hati mereka, kawan-kawan mereka dan di kalangan pemimpin DAP.

"Mereka sebenarnya tidak melihat rakyat Malaysia sebagai rakyat Malaysia tetapi melihat rakyat Malaysia dari segi warna kulit dan ia seolah-olah menceritakan orang yang berkulit putih seperti bangsanya adalah superior dan lebih tinggi (darjatnya) dari yang berkulit gelap,” katanya kepada di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, walaupun Kor Ming meminta maaf tetapi ia tidak memadai kerana perkataan yang digunakan bukan sekadar menyentuh warna kulit, tetapi juga menggunakan perkataan haram jadah yang merujuk kepada keturunan seseorang.

"Perkataan itu menyinggung perasaan semua orang Melayu kerana haram jadah ialah perkataan paling hina yang bermaksud dalam bahasa Inggeris ialah `bloody bastard”,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment