My Add

Thursday 15 December 2011

Isu ‘Godfather-Warlord’ DAP Karpal-Ramasamy selesai

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
PERBALAHAN berhubung isu “Godfather-Warlord” antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr. P.Ramasamy telah diselesaikan, menurut kenyataan DAP hari ini.

Kenyataan tersebut, yang dikeluarkan oleh panel tiga anggota yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) untuk menyelesaikan isu itu, menyebut perbalahan itu telah diselesaikan dan parti itu berusaha untuk mara ke hadapan.

Panel tersebut dianggotai oleh pemimpin veteran, Lim Kit Siang; penasihat seumur hidup, Dr. Chen Man Hin dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Perbalahan itu tercetus pada 28 November lalu selepas sebuah akhbar vernakular melaporkan Ramasamy, yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Perai, telah mengumumkan bahawa beliau dan tiga calon wanita bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Berikutan itu, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bukan untuk Ramasamy membuat pemilihan calon dan parti itu tidak mempunyai tempat untuk ”Warlord”.

Ramasamy kemudian menjawab, parti itu boleh hidup tanpa “Godfather”. Perbalahan antara dua pemimpin itu bertambah teruk semasa konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang hujung minggu lepas dengan Karpal menuntut Ramasamy memohon maaf. Bagaimanapun, Ramasamy enggan berbuat demikian.

Kenyataan panel itu juga berkata, akhbar hairan itu telah menarik balik laporan semalam dan pengarangnya telah membuat pembetulan berhubung laporan berita itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment