My Add

Thursday 15 December 2011

PDRM sedia hadapi pendekatan baru kerajaan:Ismail Omar

KUALA LUMPUR, KHAMIS,15 Disember, 2011:
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang bersiap sedia dengan pendekatan-pendekatan baru kerajaan, bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail.

Beliau berkata, pendekatan baru iaitu transformasi undang-undang, yang antaranya meliputi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Kediaman Terhad 1933, sememangnya akan memberi cabaran baru kepada PDRM.

"Kita tidak boleh menoleh ke belakang atau membuat perbandingan pelaksanaan tugas dahulu dan sekarang.

"Kita juga tidak boleh melakukan perubahan secara ”incremental” (pertambahan) tetapi sebaliknya kita perlu terus kreatif dan berinovasi untuk mencipta pembaharuan secara radikal atau drastik bagi menghadapi realiti mengikut peredaran masa,” katanya pada majlis penganugerahan Jadual Liga Balai Siri 2 & 3 di Balai Polis Wangsa Maju di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment