My Add

Wednesday 28 December 2011

JHEAT teliti tindakan masjid solat Jumaat tanpa kebenaran

KUALA TERENGGANU, EAB, 28 Disember, 2011: Bentuk tindakan terhadap masjid-masjid yang melakukan solat Jumaat tanpa kebenaran akan diketahui selepas mesyuarat pertama jawatankuasa khas menangani masalah itu awal bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas itu yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd. Rozali Saleh berkata, pihaknya kini sedang meneliti segala laporan mengenai perkara itu.

"Kita akan panggil mesyuarat pertama awal bulan depan untuk membincangkan tentang laporan mengenai kes ini yang mana laporannya sudahpun dikemukakan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk diteliti.

"Antara bentuk tindakan yang mungkin akan dikenakan nanti termasuk berbentuk undang-undang, perbincangan atau nasihat, bergantung kepada suasana setempat,” katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment