My Add

Wednesday 28 December 2011

EON Cap. digulung, buat bayaran akhir dividen

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Disember, 2011: EON Capital Bhd (ECB) hari ini membayar dividen khas akhir dikecualikan cukai sebanyak tiga sen sesaham kepada pemegang sahamnya.

Dividen akhir itu adalah tambahan kepada dividen khas pertama sebelumnya dan pembayaran semula modal, masing-masing pada 21 Jun dan 23 September 2011, berjumlah RM7.76 sesaham, kata ECB dalam satu kenyataan hari ini.

Pada mesyuarat agung luar biasa ECB pada 22 September 2011, Lembaga Pengarah menjangkakan syarikat itu dapat membayar dividen khas akhir sebanyak 2.45 sen sesaham.

Ini selepas menyelesaikan perbelanjaan operasi dan lain-lain yang terkumpul sehingga penggulungan syarikat itu.

Pada Mei lepas, ECB menyelesaikan pelupusan keseluruhan aset dan liabilitinya, termasuk EON Bank Group kepada Hong Leong Bank Berhad.

Dagangan saham-saham ECB di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung pada 9 September 2011, dan syarikat itu dikeluarkan daripada penyenaraian pada 27 September. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment