My Add

Tuesday 27 December 2011

Jumlah kematian akibat banjir di Filipina hampir 1,500 orang

MANILA, SELASA, 27 Disember, 2: Jumlah kematian akibat banjir yang menghanyutkan hampir keseluruhan perkampungan di selatan Filipina kini meningkat kepada kira-kira 1,500 orang pada ketika pihak berkuasa meluaskan operasi mencari mayat. 

Pejabat Pertahanan Awam mengumumkan hari ini bahawa 891 orang mati di Cagayan de Oro dan seramai 451 lagi di bandar berhampiran iaitu Iligan manakala selebihnya dari wilayah lain.

Kebanyakan yang mati masih belum dikenali pasti identiti mereka.
Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, mayat didapati masih terapung di permukaan laut sejauh kira-kira 100 kilometer dari dua bandar berkenaan pada 16 Disember akibat taufan yang menyebabkan hujan lebih sebulan dalam tempoh 12 jam dan air naik di kawasan kediaman. 

Ramos berkata, operasi mencari masih diteruskan selagi mayat ditemui. - AP

No comments:

Post a Comment