My Add

Tuesday 27 December 2011

Media disaran terus bantu bangunkan negara

MELAKA, SELASA, 27 Disember, 2011: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memuji media di negara ini kerana masih berpegang teguh kepada etika kewartawanan dalam penyebaran berita khususnya berkaitan dasar kerajaan.

Beliau berkata, media memainkan peranan penting dan harus terus menjadi penghubung di antara rakyat dan kerajaan bagi memastikan negara dapat dibangunkan dengan pesat.

"Saya percaya media tempatan sama ada cetak atau elektronik akan terus melaksanakan peranan dan agenda tersebut seperti yang dituntut oleh pembaca, pendengar dan penonton,” katanya pada Malam Media Perdana Melaka 2011 di sini, hari ini.

Katanya, sebagai rakan kongsi dalam pembangunan negara, media tempatan tidak harus mengamalkan pemberitaan secara sensasi bagi menarik pembaca, pendengar atau penonton seperti media barat.

Sementara itu, mengulas isu berlainan, Mohd. Ali berkata, Barisan Nasional (BN) Melaka telah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. - Bernama

No comments:

Post a Comment