My Add

Saturday 17 December 2011

Kerajaan buka tiga ladang untuk diusahakan Orang Asli

TAPAH, SABTU, 17 Disember, 2011: Bagi menjana kelangsungan ekonomi masyarakat Orang Asli di Perak, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan pembukaan tiga buah ladang seluas 843 hektar untuk diusahakan oleh peladang Orang Asli.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, program itu yang membabitkan 500 peladang Orang Asli akan mengusahakan projek tanaman kelapa sawit dan getah mulai tahun depan.

Katanya, ia adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk terus melaksanakan program kemajuan untuk masyarakat Orang Asli dan memastikan nasib mereka terbela dalam arus pembangunan negara.

Mengambil contoh penyediaan rumah kos rendah kepada masyarakat Orang Asli, katanya, kerajaan telah memperuntukkan RM26.2 juta untuk membina 496 rumah baru dan membaik pulih 712 unit rumah Orang Asli di seluruh negara.

“Projek-projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di bawah program National Blue Ocean Strategy 3. Projek ini berjalan dengan lancar,” katanya pada program Jalinan Murni di Perkampungan Orang Asli Sg Kroh dekat sini, hari ini.

"Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3.5 juta untuk membina 120 unit rumah kos rendah untuk Orang Asli tahun depan,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment