My Add

Saturday 17 December 2011

Pas perlu selesai kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah

KUALA TERENGGANU, SABTU, 17 DisEMBER, 2011: Pas dan pemimpinnya perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam sehingga berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemimpin Pas sepatutnya memperbetulkan perkara itu kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat.

"Masjid tempat perpaduan, kita menyeru kepada kebaikan, bukan menyemai benih perpecahan dan perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam yang melahirkan rasa dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini masih berlaku.

Ahmad berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong kejadian solat berasingan dalam satu kariah, kebanyakannya di Besut.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) supaya mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah tersebut demi kepentingan umat Islam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment