My Add

Saturday 17 December 2011

Kutipan filem meningkat RM100 juta

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Disember, 2011: Industri perfileman negara semakin mendapat tempat di kalangan rakyat apabila jumlah kutipan meningkat sekali ganda kepada RM100 juta tahun ini berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Naguib Razak berkata, kutipan itu hasil penayangan 42 filem tahun ini dengan 10 daripadanya mencipta box office di seluruh negara.

Selain itu, katanya enam filem yang meraih kutipan terbanyak tahun ini ialah Kongsi, Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Bonceng, KL Gangster dan terbaru Ombak Rindu.

"Peningkatan ini sangat luar biasa kerana jika berbanding tahun lepas, kutipan hanya RM50 juta," katanya pada program Bicara Bersama Media sempena 100 hari beliau sebagai Ketua Pengarah Finas di Studio Digital Mix Stage di sini, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment