My Add

Wednesday 7 December 2011

Malaysia dapat manfaat besar menerusi FTA baru: Mustapa

KUALA LUMPUR, RABU 07 Disember, 211: 
SEKTOR perniagaan dan pengguna Malaysia bakal menikmati manfaat besar daripada perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang kini dalam rundingan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

"Perjanjian Kerjasama Asia Pasifik (TPP), sebagai contoh, akan mewujudkan satu pasaran tunggal untuk 467 juta penduduk, dengan potensi untuk terus berkembang jika negara lain seperti Jepun dan ekonomi Asia Pasifik lain menyertainya," katanya.

Berucap pada jamuan malam tahunan ke-43 Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) di sini malam ini, beliau berkata Malaysia sudah memuktamadkan 11 FTA yang meliputi lebih daripada 60 peratus jumlah dagangan global Malaysia, dengan potensi pasaran melebihi 3.5 bilion penduduk.
Mustapa juga berkata kerajaan sudah merancang pelbagai promosi untuk melaksanakan usaha berkenaan. 

"Pertama, insentif untuk perusahaan kecil dan sederhana bagi mengembangkan aktiviti eksport seperti meluaskan skop pembayaran balik bagi menampung perbelanjaan untuk lawatan ke pameran teknologi serta kajian teknikal di luar negara," katanya. 

"Kedua, lanjutan insentif potongan dua kali ke atas perbelanjaan pengiklanan untuk jenama Malaysia bagi menampung perbelanjaan ke luar negara serta pasaran domestik," katanya. 

Beliau berkata kementerian itu sedang merundingkan enam FTA, termasuk Perjanjian TPP dan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah. 
Mustapa berkata liberalisasi perdagangan juga akan meningkatkan daya saing rantau ini dan menggalakkan pelaburan langsung asing. 

"Pengguna di Malaysia juga berpeluang meraih manfaat daripada keupayaan untuk membeli pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan pada harga yang kompetitif," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment