My Add

Tuesday 27 December 2011

MAPIM tetap bina hospital kanak-kanak di Gaza

GEORGETOWN. SELASA, 27 Disember, 2011: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan meneruskan projek pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza, Palestin, walaupun kerajaan negara itu pimpinan Hamas tidak dapat memberi jaminan keselamatan.

Setiausahanya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, MAPIM akan memastikan misi membuka sebuah hospital di negara itu akan tercapai ekoran ia adalah keperluan yang kritikal bagi rakyat Palestin.

"Di Gaza hanya terdapat sebuah hospital manakala bekalan ubat dan tenaga pakar tidak mencukupi, kami dapati sebuah hospital kanak-kanak diperlukan di sana kerana 56 peratus penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pembinaan hospital 10 tingkat yang berharga RM100 juta itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment