My Add

Tuesday 27 December 2011

Menteri tak tahu siapa dapat kontrak projek EDTP Gemas-JB

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Disember, 2011: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau tidak tahu menahu tentang sebarang kontrak bernilai berbilion ringgit diberikan kepada sebuah syarikat dari China bagi pembinaan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bahru.

Kementerian Pengangkutan benar-benar tidak mengetahuinya kerana pemberian kontrak dibuat di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Cho Ha yang ketika ini sedang bercuti berkata, kementeriannya masih dalam proses mereka bentuk EDTP Gemas-Johor Bahru.

"Apa yang boleh saya sahkan ialah kami sedang dalam proses mereka bentuk. Kami tidak melakukan apa-apa selain menyediakan reka bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai memberikan reaksinya kepada laporan dalam portal berita bahawa syarikat dari China, Chinese Road and Bridge Corporation (CRBC), bersama dengan rakan kongsi tempatan Gamuda Bhd., diberikan kontrak berbilion ringgit untuk membina projek landasan Gemas-Johor Bahru sejauh 197km. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment