My Add

Tuesday 27 December 2011

Nelayan tuntut baki pampasan RM2.9 juta dari Danga Bay

JOHOR BAHRU, SELASA, 27 Disember, 2011: Kira-kira 500 nelayan dari sembilan kampung di sekitar Selat Tebrau, di sini, hari ini, menyerahkan satu memorandum kepada pihak pengurusan Danga Bay Sdn. Bhd. bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM2.9 juta ekoran terjejas pendapatan akibat projek pembangunan Danga Bay.

Kesemua mereka yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pampasan Danga Bay, Pandak Ahmad menaiki bot ke Danga Bay dan berhimpun secara aman mulai pukul 2.30 petang sebelum berjalan kaki hampir satu kilometer ke pejabat Danga Bay Sdn. Bhd., untuk menyerahkan memorandum terbabit.

Memorandum tersebut kemudian diserahkan kepada Pengurus Undang-Undang Danga Bay Sdn. Bhd., Chai Yee Man.

Bercakap kepada pemberita, Pandak berkata, kesemua nelayan terbabit adalah dari Kampung Teluk Serdang, Kampung Skudai Kiri, Kampung Bakar Batu, Kampung Sungai Temon, Pantai Lido, Sungai Danga, Sungai Melayu, Kampung Tebing Runtuh dan Kampung Usaha Jaya.

Beliau berkata pihak pengurusan Danga Bay pada mesyuarat khas yang diadakan pada 2003 berjanji untuk membayar pampasan sebanyak RM3 juta bagi membantu nelayan yang terjejas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment