KUALA LUMPUR, RABU, 28 Disember, 2011: MRT Corp. telah mencapai persetujuan besar apabila menandatangani Perkara Perjanjian (PoA) dengan 21 pemilik tanah di kawasan Jalan Inai yang terlibat dengan projek MY Rapid Transit.
POA itu bertujuan menangani isu seperti menarik balik pengambilalihan tanah, akses ke tanah bagi dibina terowong, ganti rugi dan semakan semula perundangan dengan sesetengah pemilik tanah yang telah membuat dakwaan terhadap kerajaan.
Perjanjian itu akan menjadi asas bagi dijalin perjanjian bersama yang dijangka ditandatangani antara MRT Corp. dan pemilik tanah itu pada akhir Januari, kata MRT Corp. dalam satu kenyataan hari ini.
Perjanjian itu dijangka menyelesaikan kesemua isu yang terdapat antara pemilik tanah itu dengan projek MY Rapid Transit.
POA itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Jason Ng Kau, Yong Cho Joong, Dr. Arthur Rajaratnam dan Tuan Zuhayati, bagi pihak pemilik 21 bidang tanah berkenaan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment