My Add

Wednesday, 28 December 2011

CIMB perkenal produk Islam baru di Singapura, Indonesia

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Disember, 2011: CIMB Group Holdings Bhd. merancang memperkenalkan produk Islam baharu di Indonesia dan Singapura tahun depan menerusi unit Islamnya di kedua-dua negara itu.

Bank tersebut menyasar memperkenalkan produk dan perkhidmatan pengurusan harta Islam dan produk perbankan konsumer asas seperti deposit bagi kedua-dua negara itu.

Ketua Bahagian Perbankan Islam Kumpulan CIMB, Badlisyah Abdul Ghani berkata, produk baharu itu akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang tahun depan.

CIMB memegang 97.9 peratus kepentingan ekuiti dalam anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Di Singapura, produk baharu itu akan dilancarkan menerusi cawangan kaunter Islam CIMB, CIMB Bank (Singapore) Ltd.

"Bagi Indonesia, kami telahpun mempunyai banyak produk termasuk deposit asas. Tetapi buat masa ini produk dan perkhidmatan pengurusan harta Islam terhad dalam pasaran Indonesia. Kami berhasrat untuk mengisi ruang itu,” kata Badlisyah kepada. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment