My Add

Friday 16 December 2011

Pagar keselamatan 'membazir'

PAGAR dibina di Jalan Pasar, Kuantan bagi memastikan keselamatan orang ramai untuk melintas jalan.


Peruntukan lebih wajar bagi menaik taraf sistem 
perparitan elak banjir kilat


KUANTAN,JUMAA 16 Disember, 2011: LANKAH kerajaan membina pagar keselamatan di tiga jalan utama di pusat bandar ini bukan saja mendapat maklum balas negatif, malah projek bernilai RM500,000 itu dikatakan tidak praktikal.

Ada mendakwa pagar selamat yang mendapat peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu tidak kena pada masanya ketika keutamaan harus disalurkan kepada kerja menaik taraf sistem perparitan bagi mengelak banjir kilat di bandar ini.

Mereka juga mendakwa kemudahan bernilai setengah juta itu dianggap membazir kerana dikatakan tidak membawa manfaat kepada orang ramai dan hanya sekadar hiasan untuk keceriaan di bandar ini.

Tinjauan wartawan Berita Harian, Asrol Awang mendapati MPK membina pagar keselamatan sejak September lalu, sempena program Bandar Selamat di tiga jalan utama iaitu Jalan Tun Ismail, Jalan Pasar dan Jalan Haji Abdul Rahman. 

Bagi warga bandar ini yang ingin dikenali Roslan, 40-an, pembinaan pagar itu seolah-oleh membazir dan sepatutnya keutamaan diberikan bagi menaik taraf kemudahan awam di bandar itu.

“Saya lihat tiada keperluan mendesak untuk MPK memasangnya,” katanya. 
Namun, Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob, ketika dihubungi berkata, pihaknya menafikan pembinaan pagar selamat itu membazir hingga memberi pandangan negatif di kalangan masyarakat di daerah ini.

Sebaliknya, katanya, pembinaan pagar keselamatan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan orang ramai terutama ibu bapa dan anak mereka untuk melintas jalan.

“Saya akui ada menerima maklum balas orang awam yang menganggap pembinaan pagar ini sebagai projek membazir dan tidak praktikal dan mahu keutamaan diberikan kepada menaik taraf kemudahan awam lain.

“Orang ramai tidak boleh menyalahkan MPK kerana peruntukan pembinaan pagar keselamatan ini disalurkan KPKT bagi program ‘Bandar Selamat’ dan ada peruntukan lain untuk program menaik taraf kemudahan asas lain termasuk sistem perparitan dan jalan,” katanya.

Justeru, katanya, masyarakat perlu faham bahawa KPKT bukan saja menyalurkan peruntukan membina pagar keselamatan itu, malah memperuntukkan lebih 20 sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar pusat bandar menerusi program ‘Bandar Selamat’. 




No comments:

Post a Comment