My Add

Wednesday 21 December 2011

Pas banyak berpaut kepada DAP: Apa komen Hadi, Nik Aziz?

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Apa Presiden, Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang nak kata apabila anak buahnya mengakui parti itu banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imejnya daripada label ekstremis dan pelampau sebelum ini?

Apa pula alasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik aziz Nik Mat berkaitan pengakuan 
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad itu?

Khalid semalam, berkata, sumbangan DAP itu banyak membantu Pas mendapatkan keyakinan di kalangan bukan Islam terhadap parti itu.

Justeru katanya, Pas sedia membantu DAP untuk memulihkan imej parti itu yang dilabelkan sebagai parti chauvinis bagi memastikan mereka sama-sama dapat memenangi pilihan raya.

DAP katanya, banyak bantu Pas bebas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang (Hudud) dan paksa orang masuk Islam. 

Kita (Pas) juga bantu DAP, kata Khalid lagi.

“Nak menang pilihan raya, Pas mesti bebas daripada imej pelampau dan DAP bebas daripada imej chauvinis,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan DAP untuk meletakkan calon mereka dari kalangan orang Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti kaum itu,Khalid berkata, pihaknya menganggap ia adalah usaha DAP membebaskan diri mereka daripada imej berkenaan.

Bagaimanapun kata Khalid, masalah tidak timbul kerana cadangan tersebut tidak mendapat persetujuan daripada pihak Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dibimbangi akan dieksploitasi oleh UMNO.

“Kita (Pas) faham niat DAP itu. Mereka bukan nak dapat kerusi MB (Menteri Besar) dengan letak calon Melayu untuk bertanding atas tiket parti itu,” tegasnya.

Kita tunggu komen Hadi, Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain!

No comments:

Post a Comment