My Add

Wednesday 28 December 2011

Pas ramal pilihan raya umum Mac depan - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, RANU, 28 Disember, 2011: Pas meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, selepas dibubarkan, masih ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.

Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.

"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011,” katanya.

Mustafa berkata Barisan Nasional (BN) akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment